Medispec (M) Sdn Bhd
55 & 57, Lorong Sempadan 2,
(off Boundary Road),
11400 Ayer Itam,
Penang, Malaysia.
1300-800-228 (TOLL FREE)
enquiry@medispec.com.my

Vitamode Superba Krill Oil 500mg Soft Gel

Sebelumnya 6 / 14 Seterusnya


Apakah Krill?

Krill ialah sejenis hidupan laut berupa seperti udang dan panjangnya lebih kurang 1 sehingga 6 cm. Ia hidup di lautan luar pantai barat Pulau Vancouver, Russia, Ukraine dan Japan. Makanan utamanya ialah plankton yang merupakan penghasil omega-3 yang sebenar. Krill berada dekat bawah sekali rantai makanan dan dimakan oleh ikan paus, anjing-anjing laut, penguin, sotong dan pelbagai jenis ikan.

Krill Antartika boleh hidup dalam air yang paling sejuk di dunia disebabkan oleh kandungan asid lemak omega-3 berantai panjang yang tinggi dalam badannya. Persekitaran Antartika asli membekalkan kombinasi tulen asid lemak omega, fosfolipid, antioksidan, vitamin dan bioflavonoid baru (ditemui buat pertama kali dalam alam haiwan). Campuran sinergi ini menyumbang kepada keunikan minyak semula jadi bernilai yang dikenali sebagai minyak krill. Ciri-ciri istimewa termasuk ketiadaan regurgitasi, peningkatan bioavailabiliti dan keupayaan fosfolipid yang terikat pada Astaxanthin untuk menembusi sawar darah otak.


Bagaimanakah Minyak Krill Memanfaatkan Anda?
 
Vitamode SuperbaTM Krill Oil memberi manfaat yang berikutnya:
  • Memanfaatkan sindrom prahaid - membaikpulih simptom fizikal dan emosi; mengurangkan kesakitan payudara, stres, cepat marah, kemurungan, kesakitan sendi, dan kembung; mengawalatur berat badan, ketidakselesaan perut dan bengkak
  • Meningkatkan kualiti hidup - meningkatkan daya ingatan, tumpuan, dan kewaspadaan; meningkatkan kesihatan emosi dan fizikal; meningkatkan ketenangan dan toleransi terhadap stres
  • Meningkatkan tenaga; memanfaatkan pembelajaran dan gangguan tingkah laku dalam kanak-kanak.
  • Mengurangkan rasa sakit dan ketidakselesaan sendi; mengurangkan Protein Inflamasi Kronik C-Reaktif (CRP); meningkatkan fleksibiliti sendi.
  • Mengurangkan kolesterol dan trigliserida, meningkatkan paras HDL, dan menurunkan paras gula dalam darah.
  • Manti-radang dan ciri-ciri antioksida yang kuat.
  • Melindungi kulit daripada kesan-kesan buruk UV.
  • Dan banyak lagi!

Perbandingan Antara Minyak Krill Dan Minyak Ikan
K.K.L.I.U. 2489/2014
Mengapakah Minyak Krill Lebih Baik Daripada Minyak Ikan?
  • Minyak krill mengandungi 40% fosfolipid yang tidak didapati dalam minyak ikan. Fosfolipid merupakan bahan binaan untuk membran sel dan berfungsi sebagai “penjaga pagar” dalam pengawalaturan pengangkutan selular. Fosfolipid yang paling banyak dalam minyak krill ialah fosfatidilkolina (PC) dimana kolin membentuk sebahagian daripada strukturnya. Kolin penting untuk perkembangan otak, pembelajaran dan ingatan. PC meningkatkan kelarutan kolesterol, dengan ini mengurangkan paras kolesterol. PC juga melindungi hati kita.
  • Omega 3 seperti EPA dan DHA minyak krill adalah dalam bentuk fosfolipid tetapi omega 3 minyak ikan adalah dalam bentuk trigliserida. Ini menjadikan omega 3 minyak krill lebih mudah diserap berbanding omega 3 minyak ikan sebab EPA dan DHA boleh diserap terus ke dalam sel. DHA adalah penting untuk perkembangan dan fungsi otak.  Omega 3 boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Minyak krill mengandungi antioksidan yang kuat. Kebolehan antioksidan ini ialah 300 kali lebih kuat daripada Vitamin A atau Vitamin E, 34 kali lebih kuat daripada CoQ 10 dan 48 kali lebih kuat daripada minyak ikan.
Adakah Minyak Krill Selamat?
Krill berada di bahagian asas rantai makanan dan plankton merupakan makanan krill. Krill ditangkap dari lautan bersih yang bebas daripada pencemaran dan logam berat. Ini menyebabkan minyak krill bebas daripada logam berat, PCB, dioksin dan racun perosak.

Kajian Klinikal Ke Atas 100% Minyak Tulen Krill
Hiperlipidemia (kolesterol, trigliserida, LDL, & HDL)
120 subjek manusia, 30 orang setiap kumpulan, tempoh 12 minggu


  Kolesterol Trigliserida LDL HDL
2-3 gram minyak krill setiap hari berdasarkan Indeks Jisim Badan yang melebihi / kurang daripada 30 -18% -27.1% -38.8% +57.5%
1-1.5 gram minyak krill setiap hari berdasarkan Indeks Jisim Badan yang melebihi / kurang daripada 30 -13.6% -11.5% -33.9% +43.3%
3 gram minyak ikan (540 mg EPA & 360 mg DHA) setiap hari - 5.9% -3.2% -4.6% +4.2%
3 gram Plasebo (mikrohabluran selulosa) setiap hari +9.1% -9.9% +13.0% +4.0%

Dos:

Dewasa: 
  • Ambil 1 kapsul, dua kali sehari selepas makan
Tidak disyorkan untuk:
  • Ibu mengandung dan / atau wanita yang sedang menyusu bayi
  • Individu yang mempunyai alahan terhadap makanan laut
  • Individu yang mempunyai penyakit gout
Syarat penyimpanan:
  • Simpan di tempat yang kering di bawah 30 ° C, jauh dari cahaya matahari. Jauhi dari kanak-kanak.
Sila tinggalkan pertanyaan anda disini, kami akan balas secepat mungkin.
Nama*  
Nama Syarikat  
Produk Berminat  
Kuantiti  
Emel*  
No. Telefon*  
Nama Penerima  
Alamat Penghantaran  
Mesej*  
   

Tukar ke versi mobile
available in